Pages

Wednesday, October 6, 2010

Sejarah Sekolah

Sekolab Rendah Al Naim ditubuhkan pada 1 Januari 1984. lanya merupakan sebuah institusi pendidikan yang tidak bermotifkan keuntungan. Penubuhannya adalah hasil usaha Tuan Haji Abdul Talib bin Yaacob bersama masyarakat setempat bagi menjayakan pendidikan anak-anak ke arah melahirkan insan yang soleh, Sekolah ini banyak bergantung kepada yuran murid dan juga penderma-penderma yang memberi sumbangan demi mehatnya beroperasi dengan lancar.  

Sehingga kini, sekolah ini semakin berkembang dengan pesatnya dan bilangan pelajar sentiasa meningkat dan permintaannya bertambah saban tahun. Pelajarnya datang dan segenap pelusuk tempat di Malaysia. Jesteru itu, pembangunan sekolah perlu ditambah dan semasa ke semasa bagi menampung permintaan ini.

Pengajian di sini banyak menitik beratkan pengajian kerohanian di samping pengajian akademik. Ia bertujuan melahirkan pelajar berilmu cemerlang dan berakhlak mulia serta mendapat kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat.

Demi untuk melihat sekolah ni terus memberi sumbangan kepada masyarakat pihak lembaga tadbir merayu kepada tuan/puan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan dan menyokong sekadar yang terdaya. Sumbangan dan sokongan tuan/puan moga diberi ganjaran berlipatganda dari Allah SWT di akhirat kelak.

0 comments:

Post a Comment